Isnin 15 October 2018
A- A A+

Arkib Berita

Jemaah Haji Wajib Suntik Vaksin

Semua bakal haji diwajibkan mendapat suntikan vaksin Anti Meninggococcal Meningitis iaitu ‘Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135’. Meningitis adalah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang yang disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Suntikan ini harus diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum berangkat ke tanah suci dan ianya melindungi selama tiga tahun.

Imunisasi Pilihan Vaksin Influenza


Suntikan ini boleh diambil sebulan sebelum berangkat ke tanah suci. Influenza secara umumnya dikenali sebagai flu, adalah infeksi saluran pernafasan yang boleh menjangkiti kanak-kanak dan dewasa.

Vaksin pneumokokus

Vaksin ini mencegah dari penyakit pneumonia iaitu sejenis jangkitan serius  di bahagian paru-paru yang disebabkan oleh bakteria atau virus. Penyakit ini adalah penyakit utama di kalangan kanak-kanak dan warga tua.

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking