Isnin 17 December 2018
A- A A+

Misteri Bau Hujan Terbongkar

Akhir-akhir ini hujan mula lebat membasahi bumi. Bagi mereka yang mempunyai deria bau yang tajam, atau gemar ‘bersatu’ dengan alam, hujan sangat memberi makna kepada mereka. Apatah lagi ia hadir dengan aroma atau bau yang unik ketika menyentuh bumi dan istilah biasa diberikan ialah ‘bau hujan’.

Bau hujan dikenali sebagai ‘petrichor’. Ia pertama kali ditemukan oleh dua saintis Australia IG Bear dan RG Thomas dan diterbitkan dalam jurnal Nature pada tahun 1964. Mereka menjelaskan bau tersebut terhasil akibat campuran kimia dari daun tumbuhan dan sebatian geosmin dari yang dibebaskan saat hujan jatuh ke bumi.

Perkembangan terbaru tentang bau hujan dijelaskan semula oleh penyelidik dari MIT, Cullen Blue. Dengan menggunakan kamera berhalaju tinggi, beliau merakam imej bagaimana titisan hujan memerangkap gelembung udara ketika menyentuh tanah. Hasil penelitian tersebut diterbitkan dalam jurnal NATURE Communication.

Saintis menemukan bahawa, titisan hujan tersebut akan membentuk sebatian yang dikenali sebagai aerosol ketika menyentuh tanah.

 

Mekanisma

Prosesnya ialah, apabila hujan menyentuh tanah yang berliang (berpori), titisan air hujan tersebut akan kehilangan tenaga kinetik dan menjadi rata, tidak melantun bulat. Gelembung udara akan terbentuk akibat perbezaan halaju titis air dan penyerapan air oleh tanah.

Ketika gelembung udara menyentuh permukaan bahagian atas titisan air, maka gelembung tersebut akan pecah. Sewaktu pecah, gelembung tadi membebaskan aerosol dan sebatian kimia lain yang ada di tanah. Proses ini berlaku dalam masa yang sangat singkat. Kira-kira satu perseratus ribu saat.

Menurut Cullen Blue, penyelidik utama penyelidikan ini, gelembung udara yang pecah bukan hanya melepaskan sebatian kimia, malah ia juga turut menghamburkan mikroorganisma ke persekitaran.

Blue juga berpendapat, lebih banyak zarah-zarah kimia terhasil ketika hujan rintik-rintik dan sederhana berbanding hujan lebat.

“Hujan turun hampir setiap hari di seluruh dunia. Hujan juga adalah fenomena sains yang sangat menarik dan ia berlansung begitu sahaja tanpa banyak dipedulikan. Jadi kami mengambil inisiatif untuk melakukan tinjauan mengenai mekanisma bau hujan yang sungguh mengkagumkan”, ujar Blue melalui temubual di BBC.

SELAIN MEMAHAMI MEKANISME PEMBENTUKAN BAU HUJAN, PENYELIDIKAN INI JUGA MEMUNGKINKAN SAINTIS MEMAHAMI PENYEBARAN MIKROORGANISME MELALUI AIR HUJAN. KEMUNGKINAN BESAR BAKTERIA E-COLI JUGA DISEBARKAN MELALUI HUJAN, TAMBAH BELIAU LAGI.

Sumber – BBC

 

Sumber: https://www.majalahsains.com/misteri-bau-hujan-terbongkar-sains-menjelaskan/

Dimuat naik pada 24 April 2018

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking