Rabu 17 October 2018
A- A A+

Iklan: Cegah Pembalakan Haram melalui Rainforest Connection

Oleh: Muhammad Adib Syazwan


Emerald Communications

Ramai dari kalangan kita percaya bahawa teknologi mempunyai peranan penting dalam mencegah pembalakan hutan yang semakin berleluasa. Rainforest Connection merupakan sekumpulan jurutera dan pemaju yang berganding bahu untuk membina teknologi bagi membantu penduduk setempat dan suku-suku kaum pribumi yang menetap di hutan-hutan hujan di seluruh dunia —seperti suku Tembé dari Amazon Tengah— untuk melindungi tanah mereka dari pembalakan haram, lantas melindungi kita semua dari kesan sampingan perubahan iklim.

Rancangan bercita-cita tinggi mereka untuk menangani isu tersebut menggunakan telefon-telefon bimbit yang dikitar semula, pembelajaran mesin dan TensorFlow oleh Google bukan sahaja membantu melindungi lebih dari 100,000 ekar hutan hujan untuk tempoh sedekad akan datang. Malah, ia juga turut memberi peluang kepada ratusan pelajar dari program sains STEM Los Angeles untuk mempelajari tentang kegunaan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan selain dari kes-kes kegunaan tradisional, dan menyumbang secara aktif kepada usaha-usaha perlindungan tersebut.

 

Klik di sini untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang misi Rainforest Connections untuk menentang pembalakan haram menggunakan TensorFlow.

 

Mengenai Google

Misi Google adalah untuk mengorganisasi informasi dunia dan membuatnya dapat diakses dan digunakan secara universal. Melalui produk dan platform seperti Search, Maps, Gmail, Android, Google Play, Chrome dan YouTube, Google memainkan peranan yang bermakna dalam kehidupan harian berbilion orang dan telah menjadi salah satu syarikat paling terkenal di dunia. Google merupakan anak syarikat Alphabet Inc.

 

Sumber:  https://www.majalahsains.com/iklan-cegah-pembalakan-haram-melalui-rainforest-connection/

Dimuat naik pada 20 Mac 2018

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking