Rabu 17 October 2018
A- A A+

Kesilapan Di Bulan Ramadhan

 

                                                                                                                                                  tarawih2

Umat islam menunaikan sembahyang tarawih di bulan Ramadan

Soal makan dan minum seseorang itu apabila dia dengan sengaja membatalkan puasnya tanpa sebab yang diterima   dalam Islam


Perlu diketahui sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja bukan atas faktor keuzuran seperti mengeluarkan air mani dengan sengaja, merokok dan makan serta minum, dia dilarang untuk terus bebas melakukan perkara lain seperti  makan dan minum dan perkara lain ang dikira boleh membatalkan puasa. (Fiqh-as-Siyam Al Qaradawi)


Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam


Individu yang melakukan amalan ini terhalang daripada mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan Rasululah SAW , malah bercanggah dengan sunnah baginda. Sahur itu sendiri daripada sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam dan ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 malam.(Awnul Ma’Bud, 4/469)


Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia satu kesilapan yang maha besar


Memang solat bukan syarat sah puasa tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman seseorang. Justeru, sengaja ponteng sembahyang menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi kurus kering.


Menganggap waktu Imsak sebagai lampu merah bagi sahur


Ini kerana waktu Imsak sebenarnya hanya lampu amaran kuning yang dicadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukan waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, jangan ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk Imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari ini. Waktu yang disepakati ulama bagai waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 278)


Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat


Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan, hadis yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu adalah ibadat adalah sangat lemah. (al-Jami’ as-Soghir, Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


Malas dan tidak produktif dalam kerja di siang hari dengan alasan berpuasa


Kerja yang kita lakukan di pejabat  dengan niat ibadat pati menambahkan pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperbanyakkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya pada bulan Ramadan.


Wanita melakukan solat terawih  beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat


Ramai wanita walaupun sikap bertelekung ke masjid tidak menyedari mereka mendedahkan aurat apabila kerap menaikkan kain sehingga menampakkan bahagian kaki ketika berjalan dan naik tangga masjid di depan jemaah lelaki. Tatkala fadilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi daripada mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


Sumber: Zaharuddin Abd Rahman-Pensyarah Perbankan Dan Kewangan Islam UIAM.

 

 

 

 

 

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking