Rabu 17 October 2018
A- A A+

Menguasai Bahasa Arab

BELAJAR BAHASA ARAB

bahasa-arab

 

 Bahasa Arab kini telah mendapat sambutan untuk mempelajarinya dari setiap golongan peringkat masyarakat Melayu. Ini kerana dengan mempelajari bahasa ini akan dapat membantu ke arah memahami  erti dan isi pengajaran Al-Quran dengan lebih mendalam. Terdapat rungutan-rungutan yang menyatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dipelajari dan menguasainya kerana akan mengambil masa yang lama untuk memahaminya.

Walau bagaimana pun masyarakat Melayu sedar tidak sedar sudah lama menggunakan bahasa ini untuk perbualan harian mereka. Mengucapkan Assalamualaikum dan dijawab Walaikumsalam. Banyak lagi bahasa Arab yang digunakan seperti di dalam sembahyang lima waktu, doa seharian, wirid dan dalam kebudayaan orang-orang Melayu seperti berzanji, khatam A-Quran malah dalam lagui-lagu nasyid yang didendangkan.

Sejak kecil lagi anak-anak masyarakat Islam di negara ini juga telah diajar mengaji al -Quran sejak sebelum mendapat pendidikan yang formal di sekolah. Mereka telah didedahkan dengan pengajian al-Quran ini dengan mengenal huruf dan sehingga menghafal  ayat-ayat Al-Quran. Hubungan Bahasa Arab dan Al-Quran mempunyai kaitan yang sangat rapat dalam menguasai Bahasa Arab,pengusaan ilmu dan kecintaan kita kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.

 

 Kesedaran ini telah dimanfaatkan dengan beberapa pusat penganjuran Bahasa Arab bagi mencapai matlamat ini. Syarikat pengurusan A & A Consult (M) Sdn. Bhd. yang sebelum ini dikenali sebagai Darul Imtiyaz Resources mengambil peluang ini untuk menggerakkan Pusat Bahasa Arab yang kini telah memasuki tahun keempat penubuhannya.

Pusat ini beroperasi di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor untuk pejabat dan tempat kursus sebagai tapak dan asas harakah. Kursus Bahasa Arab Komunikasi/Perbualan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur; Maahad Ummu Aiman Edu System di Seremban dan dua masjid di Selangor iaitu; Masjid Ehsan di Bandar Kinrara, Puchong, serta Masjid Manbaul Ulum, Cheras Jaya.

Pada tahun ini juga syarikat ini menawarkan program Belajar Bahasa Arab Percuma Sepanjang Hayat. Ia memberi peluang kepada alumni pelajar kelas Bahasa Arab Perbualan mengulangi pengajian dan mengukuhkan ilmu bahasa Arab.

Selain program-program Bahasa Arab, pihaknya juga menyediakan perkhidmatan seperti; Terjemahan (Bahasa Arab-Melayu/Melayu-Arab/Inggeris-Arab/Arab-Inggeris) dan khidmat nasihat mengenai Bahasa Arab.

Untuk pendaftaran dan maklumat program di Pusat Bahasa Arab, sila hubungi talian 03-8922 2607 atau 019-288 8954. Orang ramai juga boleh melayari laman web di alamat http://arabic2u.my

Di sunting dari akhbar Utusan Malaysia

 

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking