Rabu 17 October 2018
A- A A+
  • Utama
  • AGAMA
  • Fatwa
  • Garis panduan Mengenai Maksiat Dari Perspektif Islam

Garis panduan Mengenai Maksiat Dari Perspektif Islam



Tarikh : 21 September 1995

Maksiat dari segi bahasa bermakna derhaka dan maksiat dari segi istilah ialah perbuatan yang membawa dosa iaitu yang bertentangan dengan akidah, syariat dan ajaran Islam sama ada dengan melakukan larangan Allah dan Rasul-Nya, dengan kata lain melakukan yang haram dan meninggalkan yang wajib.  Perbuatan tersebut memberi kesan kepada kehidupan seseorang dalam akidah, syariat ataupun akhlak.



Jenis-jenis maksiat :

  • Maksiat kepada Allah dan Rasul iaitu meninggalkan perintah-Nya dan   melakukan larangan-Nya.
  • Maksiat terhadap makhluk iaitu maksiat terhadap manusia, maksiat terhadap haiwan dan alam sekitar, maksiat terhadap harta awam.
  • Maksiat dalam apa jua bentuk sama ada kepada Allah dan Rasul, kepada manusia dan makhluk boleh merosakkan agama, iman, akhlak, kemuliaan diri dan kesejahteraan individu, keluarga, masyarakat, negara dan umat

Keputusan :
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa bersetuju mengambil keputusan seperti berikut :

  • Bersetuju menerima kertas Garis Panduan Mengenai Maksiat Dari Perspektif Islam untuk dijadikan panduan kepada orang ramai di negara ini.

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking